KUCHING, 22/01/2023- Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang memulakan kunjungan Tahun Baru Cina di Rumah Terbuka SUPP di Jalan Ong Kee Hui pagi ini.
Rumah terbuka anjuran SUPP Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak merangkap Presiden SUPP, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian dan pemimpin parti lain.
Sejurus selepas itu, beliau turut mengunjungi Dato Steve Eng , Dato Sri Foo Joo Chung, Dato Tan Jit Kee yang masing-masing mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di hari pertama hari ini.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Pusat Pakar Perubatan Normah, Dato Dr Au Yong Kien Hoe antara kunjungan Premier Sarawak di kediamannya yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini tengahari ini tadi.
Mengakhiri kunjungan Tahun Baru Cina Premier Sarawak hari ini adalah berkunjung ke kediaman Mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.
Sumber dari : Sarawakku